Tuesday, August 18, 2009

Happy Bestday Hayang and The Best Moment in My Life! 1 Ogos 2009


Happy bestday to hayang sweet 29th..Fazmin Izzam the most important person in my life! From now on he is my mr.fiance..

Dah tua dah u ek,dah boleh kawen nih hehe. Maap la adiah belom beli lg sbb ekonomoney la hehe. I promise to buy end of this month eh,tunjuk jek nak adiah ape ;) huhu

Hayang, i wanna wish may all ur dreams come true, happily ever after with ur beloved family, and the most important happy with the most lovely person, myself :) I dont want to loose u, in every second,every minutes i want to be with u untill the day i die. I really love u for the 1st time u said im ur "broken sculpture".. I really love the time we had spent together. i really hope our love will end with the happy marriage and cute kids.. thank you syg for being with me untill today..muahh!! xoxo

Past 2 weeks, 1 Ogos 2009 is our lovely engagement. Dgn mendapat restu abah+mummy dan abah+mama everything goes smoothly as a planned.. Alhamdulillah.. Aku dah selamat menjadi tunang Fazmin Izzam.. I/ALLAH kami ikat selame setahun,kalo ade rezeki lebih bleh kawen awal kan.hiyeay!!

Nothing much to say, im so happy+exited and so touching. I want to get a bit rest for all this time trying so hard to make my life so meaningfull. Here's are some pictures and our happy moments..never forget.. ;)




Thursday, July 23, 2009

Merisik Khabar ke Bentongville

Wah..lame sungguh tak mengupdate blog nih. Al-maklum lah sebok bekerja aje dan tambah2 lg nak bertunang nih..huhuhu.. Exited+happy+pressure+tension+gemuruh dan semue ade lah..huhu. Anyway thanx to Darl sbb byk beri aku nasihat aritu mengenai alam pertunangan nih.. Woohoo..kecut perut aku dengo..hahaha. Xpe, nti ape2 petua aku mintak dr ko eh..hehe. To Dayah pon its ok ko xdpt turun aku bertunang ni, tp janji mase kawen ko dgn Darl mestiiiii turun ok ;) Aku dah comfirm nak bertunang 1/8/09 nih bersamaan dgn hari Sabtu. Abg hayang pule bertunang keesokan harinye. Family dr Penang Pak Su and Mak Su turun dan seangkatan dgnnye lah.Buat sekali harung senang kan..

Baru mlm td kami pulam ke Bentongville. Abah dan mommy hayang nak merisik kabo.. Pulam dr kerja terus amik abah mommy then dlm kol 9pm baru sampai Bentong. Just a simple occasion, abah masak mee bangdung,beshh.... Pastu dorg borak2, sambil kitrg dok lepak kt dapur aje. Tgk2 kain langsir bagei yg aku beli. Byk betul menda yg tak settle lg nih. Dgn hantarannye aritu kehabisan reben. Aku pon pegi ke masjid india buat ke berape kalinye ntah. Cari kain veil lg dgn renda2. Konon2 nak buat sndiri la. Senang jek kot,jahit aje renda2 tu kan then ade manik yg aku beli tu iron aje buat2 corak bunge ke. Sbb aku nak simple aje veil tu, baju dah crowded dgn kerawang. Mggu depan last weekend aku mahu pulam terus nak siapkan hantaran. Aku dpt cuti start from hari Khamis aje..halaaaaa tabash la! Sbb kak Sabrun admin yg sorg lg tu nak resign. So aku maybe akan ganti tempat die. Byk la keje nak kena cover. Mati la mak lepas nih..huhuhu

Org2 tua pon dah selesai berbincang pasal hantaran dan mas kahwen lah, kenduri time lah, ikat mati lah, ikat brape tahun la..semua dah dipersetujui oleh abah dan mama..alhamdulillah.. So, senang la 1/8 nti terus dtg bincang ape yg patut, makan dan terus pulam. Aku gak la yg kena tinggal. Tak dpt ikot hayang pegi bertunang abang pulak :( Xpe la byk lg nk kena settle nti. Lgpun akak pulam dr Penang kan. Spent time lame sikit lah..

Kami pun bergerak pulam dkt2 kol 11pm gitu.. Selesai sudah..

Hah lupe pule, Selase lepas aku serta band Black Coffee Honey ade buat 1st show di Urbannatic Capsquare KL. Terime kaseh tak terhingge kepade incek hayang telah memberi sokongan yg sgt penuh dgn kaseh syg, incek jojo, incek ishk mengong dgn psgannye cik olin. Dan juge rakan2 yg lain seperti jejak kasehan dgn cik erin la vida bebeh..

Tuesday, June 30, 2009

Matahariku


Wednesday, June 24, 2009

Wedding season

Haih byk betul undangan perkahwenan neh. Maklumla skrg musim mengawan kan.. hehehe. Baru2 ni dpt kad kawan kolej aku Zemah dgn Kimie namenye, kawen kt Pekan aku tak pegi pon. Padahal kampong aku tuh..huhuhu. Tapi kali ni aku cube utk pergi mane2 weeding party kawan2 ku. Yela, nti kite kawen xde sape pule nak dtg kan.. Tp yg dekat2 aje udah le, melainkan nak berkonvoi ramai2 aku sedie! Dan juge ade jemputan melalui kad yep. Kalo ajak mulut aje, akan dipertimbangkan juge la kan.. Weekend baru ni aku mati2la kwn aku si Sue ni kawen kat Lebu, rupe2nye dah kawen kat belah laki die si Henzym pule. Sebaik kat Kajang tak terlepas la aku. Aku, hayang, Ishk dan juge Joe tibe di party pd pukol 1pm. Awal juge le tuh. Si Dayah ni call aku tibe2 dah smpai KLCC. Ntah bile tahun die turun KL ntah..huhu. Kalau aku berkesempatan jumpe ko la yep..huhu. Sbb lepas melantak, bergambo seme kami ke rumah Olin kwn si Ishk di Lavender Apt Puchong.

Nak tingok umah la kot2 nak pindah situ nti dah kawen kan. Dekat sikit kot nak pegi keje.. Dah kontek owner umah seme, rupe rumah tu ialah sgt horror. Dah berbulan xde tenant so aku agak gerun la. Dah la paling hujung sekali. Depan pule umah org India, berpagar dan beralarm bagai, cmne tu nak mtk tlg kalo ape2 jadi nti..huhuhu.

So aku ckp kat hayang nti dulu la nk pindahnye. Duduk dulu la umah mane yg ade skrg kan. Akak pule maybe la nak pindah ke KL pule. Selepas abg pergi ke Arab ni, dinaikkan pangkat terus bermastautin di KL. Akan suh aku cari umah area Ikea, Damansara la mane lg. Feveret place die. Pastu die offer lak kami dok sekali dgn die sbb abg nak pegi Arab selame setahun. Tp kami harus diijabkabul dahulu baru bleh stay together2 lah. At least akak kate ade la org laki kat umah tu selain hero2 kecik kat umah tu kan..huhuhu. Kire sep la kami tayah sewa umah kan. Alang2 terus beli umah nti..hehe. Tgk la cmne tak comfirm lagi lah..

Ape2 pon aku doakan yg terbaik utk family dan anak2 kakak aku nti. Yela, kene tinggal dgn suami kan. Sebaik Yana ade kat Kedah nun bleh salu balik Penang kan. Dah la bibik die lari, buat hal betul..huhu

Selepas itu utk menghabiskan mase kami ke Sunway Lagoon pule mencuci mate. Lepak2 then pulam..huhuhu

Ini ade sedikit pic semase partay dan juge waktu beriadah


Thursday, June 18, 2009

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Wah..aku dah dok syok tgk2 mende2 yang sewaktu dengannye nih..hehehe. Rase macam exited je lebih tp still got something stuck in my mind. Hmm..nak kene settle kan tu dulu baru bleh proceed our plan. Tgk la camne. Ape2 pon aku sempat la bace2 tips utk membuat sesuatu keputusan yg org kate utk sekali seumur hidup ni kan. Anda dah bersedie? Hehehe

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti dibawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.


1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian. Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum Majlis pertunangan. Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda. Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

5. Bajet Pertunangan. Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up ( mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kerativiti anda.

6. Perkhidmatan Andaman. Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

7. Jurugambar pertunangan/ Video. Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti diatas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda