Alemak! Aku telah ditag oleh adikku utk menjawab beberape soklan mengenai psgn hidup i lah..here we go! Malunye saye.. :D
[2:42:58 PM] ~[L][i][y][a][n][a]~: Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?
Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.
Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
YA. Kami suke bergelak ketawa dan berlawakan
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
YA. Very the open minded one ;)
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
YA. Sgt berpuas hati walopon tgh mlm pon die masih bekerje. Cume bile sy sebok die risau aje
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
YA. Sbb dah bersedia utk mengikat pertunangan (blushing)
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?
Errr..cmne nak jawab eh. YA sbb kwn2 die salu ajak lepak,atau TIDAK sbb kdg2 die bg alasan tanak lepak..boleh?
(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
YA. Kenal di alam lain. Walopon baru setahun lebih ;)
(7) Selama perkenalan anda dengannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
YA. Mesti la ade sbb masing2 kuat jeles!
(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
Err..TIDAK. Allah tahu kalau die tak mampu utk 'bersolat'
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
YA. Cume perlu belajar lebih lg pasal kehidupan berumahlift ini
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
YA. Die sgt tahu ape maksud بسم الله الرحمن الرحيم (bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi)
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
TIDAK. Die suke dengar lagu2 rock kapak dan selalu ikot sy pegi jamming..hehe
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
YA. Muktamad!
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
YA. Kdg2 masalah kecil tu biase la tak lari punye..
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
Err..TIDAK, sbb kami serupa ;)
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
YA. Sangat kuat cemburu tp TIDAK syak wasangke
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
YA. Dulu die sgt cool dan skrg die pon sedikit pemanas dan perungus :(
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
YA. Yang saye tahu hanye la understanding, communication, co-operation dan feeling ;)
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
YA. Sederhana tabiatnye tp sgt complicated, dulu2 kaki motor juge... :
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
YA. Saye sgt pasti sbb sy hampir dpt sepenuhnye!
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
TIDAK. Ade terjumpe makcik dlm bas suruh saye smyg tp tatau cmne..tp bleh jd ke? tibe2 dpt Orlando Bloom cmne?huhu
Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian
Friday, May 15, 2009
Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?
Diterbangkan ayusherly at 3:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 yg bersuare:
(21) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang hitam?
YA! dia dah hitam legam dah skarang ni.
Soalan ni banyak kekeliruan pemahaman. maaf bahasa melayu saye dapat 8 mase SPM dulu.
sekian.
weh..rindu giler kat ko..tu ar last jumpe kat monorel..sah bape thn yg lepas..ko nak kawen ek?
hehe xpe incek hayang sy maapkan memandangkan awk fail bahase melayu kan..tp dah cukup jelas awk explain kt sy ;p
Post a Comment