Thursday, June 18, 2009

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda membuat keputusan untuk bertunang?

Wah..aku dah dok syok tgk2 mende2 yang sewaktu dengannye nih..hehehe. Rase macam exited je lebih tp still got something stuck in my mind. Hmm..nak kene settle kan tu dulu baru bleh proceed our plan. Tgk la camne. Ape2 pon aku sempat la bace2 tips utk membuat sesuatu keputusan yg org kate utk sekali seumur hidup ni kan. Anda dah bersedie? Hehehe

Banyak perkara anda perlu pastikan sebelum menetapkan tarikh majlis pertunangan anda. Majlis pertunanangan merupakan majlis yang selalunya dibuat secara sederhana dengan menjemput sanak saudara yang terdekat serta rakan- rakan sekerja anda. Walaupun dibuat secara sederhana, tapi anda perlu pastikan ianya berjalan dengan sempurna

Terdapat pelbagai perkara yang boleh berlaku ketika majlis pertunangan. Jadi anda perlu ambil kira beberapa perkara seperti dibawah sebelum membuat keputusan mengenai tarikh majlis pertunangan anda.


1. Mendapat persetujuan kedua-dua keluarga Pastikan majlis pertunangan yang akan diadakan telah pun mendapat persetujuan dari kedua-dua belah keluarga. Tarikh dan tempat perlu disetujui oleh keluarga masing-masing supaya lebih mudah untuk merancang perkara yang lain dengan mudah.

2. Pemilihan tarikh dan masa yang bersesuaian. Anda perlu mengambil kira tempat, jarak dan masa tetamu yang anda jemput di majlis pertunangan anda terutamanya dari keluarga tunang anda. Kebiasaannya, hari Sabtu dan Ahad menjadi pilihan, namun ia bergantung kepada keluarga anda.

3. Membuat Perbincangan ringkas sebelum Majlis pertunangan. Seelok-eloknya, pastikan keluarga anda telah pun berbincang mengenai pertunangan yang akan diadakan, seperti berapa banyak hantaran, wang hantaran yang dipersetujui, tarikh perkahwinan dan tempoh pertunangan yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang lain yang perlu dibincangkan. Keadaan ini boleh mengelakkan kekeliruan disamping meringkaskan majlis daripada perbincangan yang panjang dan lama.

4. Tema majlis pertunangan anda. Pilihlah tema warna yang sesuai dan terkini mengikut citarasa anda. Tak semestinya hiasan warna tema perlu sama dari hiasan bilik, mini pelamin, barang hantaran serta baju bertunang, tapi jika disesuaikan bersama, ianya pasti nampak lebih meriah dan cantik. Jika anda tidak memilih tema yang tertentu, pastikan nampak keserasian dari segi pemilihan warna , biarlah semuanya nampak serasi dan ceria.Pilihlah juga warna yang sesuai dengan kulit anda serta warna persekitaran yang lain sepert warna cat rumah dan bilik anda.

5. Bajet Pertunangan. Walaupun majlis pertunangan merupakan majlis yang sederhana, tapi jika tidak dirancang dengan betul, pembaziran boleh berlaku. Rancang dengan teliti berdasarkan bajet anda. Buat penilaian dan cuba bandingkan harga setiap perkhidmatan dan barang yang ingin dibeli. Jika anda mempunyai bajet yang besar, pastikan ia disalurkan kepada perkara yang penting seperti cincin, make up ( mak andam), baju pertunangan, perhiasan bilik, barang hantaran dan jurugambar. Anda juga boleh berjimat jika anda pandai membuat perhiasan sendiri terutama barang hantaran serta hiasan biik. Barang hantaran tak semestinya mahal, yang penting hiasan dan kerativiti anda.

6. Perkhidmatan Andaman. Mak andam atau jurusolek memainkan peranan yang penting untuk penampilan anda pada hari pertunangan itu nanti. Selalunya mereka menyediakan pakej termasuk perhiasan pelamin, bilik dan baju pertunangan. Carilah seorang mak andam setelah anda melihat contoh hasil kerja mereka. Pastinya anda ingin kelihatan ayu pada majlis pertunangan anda nanti.

7. Jurugambar pertunangan/ Video. Lantiklah seorang jurugambar untuk majlis pertunangan anda, kerana setelah selesai majlis itu nanti, yang ada hanyalah kenangan dari gambar yang diambil pada hari tersebut. Selalunya jurugambar ada menyediakan pakej pertunangan yang boleh anda pilih. Terdapat ramai jurugambar yang boleh anda pilih, jadi pastikan pilihan anda mengikut bajet, kualiti serta kreativiti jurugambar tersebut. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut beberapa faktor terutamanya dari segi pemilihan album.

Jika anda telah pun merancang perkara-perkara seperti diatas, majlis anda pasti akan berjalan dengan lebih sempurna. Pastikan juga, jika anda menempah perkhidmatan dari pihak lain seperti barang hantaran, jurusolek, katering, dan jurugambar, anda menghubungi mereka sehari sebelum majlis pertunangan anda untuk mengingatkan mereka tentang majlis anda. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini.

Anda juga boleh membuat pilihan sama ada untuk membuat sendiri atau pun menempah keperluan diatas dengan pihak lain. Ini bergantung kepada bajet anda. Pastikan ianya tidah melebihi bajet yang anda sediakan. Selalunya terdapat pakej pertunangan yang menyediakan perkhidmatan- perkhidmatan diatas. Buatlah pilihan yang bijak berdasarkan bajet anda


Thursday, June 11, 2009

Akhirnya..

Terime kaseh hayang kerane berjaye memenangi hati hayang tecik. Walopon i rase tak puas nak merajuk lame2,tp i tak sanggup dah.. Bile hayang mule keluarkan kate2 bunge die tuh hehe. Terase mase mule2 dulu kene ngorat lah. Malunye saye :D I bukan main2 tau tp ntah la tak terluah isi hati ini. Hanye air mate aje yg mampu mengalir. Biarlah i pendam saje selame mane yg boleh :( perit nak terime tp demi hati yg perlu dikasihi dan disayangi, terime dan redha di atas segalanya. Benda yg buruk,tak semestinye buruk utk kite dan begitu juge sebaliknye. Terpulang pd kite utk sanggup menerimenya.

Kita dah berjanji utk berubah kelemahan masing2. Terime seadanya pasangan kite. Memahami hati dan perangai masing. Lebih bertolak ansur dlm ape jue masalah. Aku ni tak pandai nk bg ayat2 bunge2 ni. So xde ape nk tulis cukup la ape yg aku simpan dlm hati ape yg menusuk kalbuku hehe. Skrg ade beberape plan yg tertangguh perlu diselesaikan. Dgn berkat kesabaran dan kematangan fikiran, kami akan proceed

Terime kaseh kwn2 yg byk beri aku semangat dan keconcernan korg yep ;). Dan terime kaseh tak terhingge kpd hayang kerane sanggup berkorban demi utk kasih dan hati hayang tecik.. Syg u dalam2!!

Disini disertakan beberape keping gambo semase pemprosesan memujuk di Coffee Bean BSC dan juge sedikit sumbangan ikhlas dr hayang hehehe :D


Monday, June 8, 2009

He Persuade Me

I received a 3 roses on Tuesday with cookies famous amos and key-chain "Mind the Gap". Its just said in the card "Keep On Smile". Is it from my secret admirer? No,i dont have any. But i know who gave it, my heart said the one and only, its him.

Then once again, he gave me 2 cute lil teddies.. Now, he tried to win my heart back. Just wait and see bcoz my heart still pain,so pain..I have no feelings right now.





Sedih :(

Too many messed up things happen lately. Now, i tried to avoid it because i have no heart feeling anymore. Aku rase marah, sedih, kecewa, pedih, sakit, buntu, serabut semue ade. Aku tak kuat, aku sgt lemah. Tp aku keras, hati yg keras dan ego ialah punca ape yg berlaku. Aku nak menangis tp tiade daye lagi, tak gune utk menangisi lagi ape yg dah berlaku. Aku hanye boleh berdiam diri utk mencari ape salah aku dan ape yg perlu aku lakukan skrg. Patutkah start all over again or just give time-off utk mencari diri masing2.

Jiwe aku kosong, jiwe aku telah mati. Aku seperti dah tiade perasaan ape2 lagi. Andai boleh dirawat jiwe aku ni, aku ingin hidup semule menjadi org lain. Utk mulekan hidup baru, jiwe baru dan hati baru. Utk mule mengenali diri aku sendiri seperti baru dilahirkan semula. Utk memahami hati dan perasaan aku. Aku mahu mencampak jauh memori2 silam yg pahit dan pedih yg pernah terjadi pd aku dulu. Tinggalkan perangai aku yg tak pernah utk berubah menjadi org yg lebih baik lagi. Yg tak pernah memuaskan hati sesiape saje. Aku dah tak sanggup utk mengingati kembali walaupon aku cube utk melupakan semuenye, pedih, sakit! Sakit sgt.

Aku tak tau mcmane lg nak meluahkan isi hati aku ni. Yg aku tahu bercakap dgn hati aku sendiri. Aku memujuk hati aku sendiri sbb aku lah yg menyakitkan hati aku sndiri. Hati aku keras. Dan aku simpan sampai ia bernanah. Dan ntah bile ia akan pulih kembali.

Skrg aku sgt serabut dan tanak fikir dan buat ape2 keputusan lagi. Aku akan ikut hala tuju hati dan fikiran aku dulu. Aku harap aku tak silap utk membuat keputusan nti. Mmg perit hati ini nak terime tp aku harus demi utk sekeping hati yg memerlukan kasih syg dan belaian seorg insan yg sanggup terime aku sedaanya. Bukan utk menjadi ape yg diiginkannye. Diam bukan bererti aku tidak mengerti, berkata bukan bererti aku meleteri. Hanya sekelumit rase sedih di hati.

Friday, May 29, 2009

Salmon mentah!


Hiyeay! Lunch date dgn hayang td. Biase la hari Jumaat kan break lame sikit so kali ini hayang pule turun Bangsar. Mkn kat dataran Maybank aje.. Sempat berpose dgn kasot baru..huhu

Yanadey balik hari ni. Die dah sampai pon. Tunggu aku kat Times Square dgn kwn. Katenye scandle. Pandai dah adik aku sorg tuh..huhuhu. Japgi aku pon mahu ke sane la carik2 ape yg patut. Aku tatau nak pakai baju ape utk gig ni. Hayang kate band aku kire macam org dah kenal, so tayah berie2 dress-up sgt..eh..? Otherwise, this is my 1st gig la, main 4lagu plak tu kan. Selaku vocalist,have to represent my band as Black Coffee Honey. Tgk la cmne, pakai ape yg ade, jaket ke ataupon tgk aje t-shirt2 rock mane yg ade kang..huhu. Poyo je aku ni nak bergaye, nyanyi nti hampeh jek..huhuhu

Esok nak gig kol 8,30pm, esokla nak sound check kol 7pm then esok jugak la last nak jamming ni kol 2pm. Adoi la..last minit tuh. Dorg kate tak kesah la sbb BCH dah tight tggu nak touch-up sket2 aje lg. Mmg la dorg maybe confident sbb dah pro. Aku ni pule nak kene hapal lirik..huwaaaaa.. Belasah la janji ade bunyik..huhu. Aku sgt nerves mcm event hayang awal tahun aritu. Tp itu lg selamber tgk lirik..hahaha

Semalam gaji pon dah masok..alhamdulillah.. pandai pule adik2 aku ni mengepow beli adiah besday masing2. Yana dan Cuya nak kasut sport pule. Tgk la karang ape yg ade. Murah2 dah la..huhu. Jalan2 dgn hayang kt OU, hari sebelum tu pegi Midvalley nak carik kasot ballerina kat nose abis pule. Tu yg cari kt OU smlm. Sebaik ade.. Thanx hayang belanje eh. Kasot, beg mekap bodyshop, baju dan juge suar keje lg..hehehe. Rejeki hayang ade sikit bulan ni sbb satu ade job web ni. Boleh la dr xde kan. Tp hayang nak beli kasot Adidas, xde kat OU. Nti kite tgk kat KLCC eh.. Mesti ade punye.. I banje separuh aje, separuh lagi hayang bayar..hehehe :D

Pastu hayang lapo, then die nak makan tako-tao. Tapi aku ternampak shu-shi pule. Hayang mmg teringin nak cmne shu-shi kan, so aku pon beli la. 1st time die makan shu-shi neh. Haa..salmon mentah tu hayang! Unagi pule ialah belut ok! Tak penah2 aku mkn belut yg betul2 goreng tu. Sebaik makan yg dah potong kecil2..huhuhu. Cam geli aje tgk kat Tesco hidup2 dlm akuarium tu..euwwww!! Pastu kecik2 bebola oren itu pule ialah telur ikan. Mentah tau. Mati la kalo telor2 tu menetas dlm perut nti. Beranak kuar anak ikan pule..hahaha. Then disaluti oleh nasi dan juge sea weed nyum2..


Besh ke shu-shi hayang? Bahaye tau mkn salmon mentah ni, nti otak kite berulat hahaha. Aku cicah dgn wastabe pedas dan panas gile rase cam telan gas petrol pon ade..huhu

Selepas mengalas perut, dah letih jalan2 mencari Comma nih, satu OU pusing2 tak jumpe juge. Aku pon pelik mane pule terletaknye kedai tu. Seingat aku ade sbb mule2 bercinte dulu byk baju2 keje hayang beli kt situ. Letih2 je pusing, singgah kt baskin roben mencuci mulut pule..
Akhirnye..baru la jumpe kedai tu sbb die tersorok kat kedai kasut, celah2 dalam sikit..haiyaaa!!

Punye la letih berjalan smlm. Smpai aje umah terus terbungkang tak larat la saye nih. Hari2 pas balik keje merewang aje. Japg nak amik Yana pule..Okeh,weekend sudah bermule! Bersedie utk gig esok! CHaiyok2 hayang!! hehe